Zizan Razak Nafi Kahwin Jun

zizan2

KECOH jadinya industri hiburan apabila sebuah akhbar tempatan melaporkan pelawak terkenal Zizan Razak bakal mengakhiri zaman bujangnya pada Jun 2015.

BACA: Zizan Razak Dedah Bakal Kahwin Gadis Sekampung Jun Ini

Tup-tup muncul kenyataan baharu bahawa Zizan belum berbincang tarikh perkahwinan seperti yang digembar-gembur baru-baru ini.

Menerusi Harian Metro Zizan menjelaskan, dia belum pulang ke kampung untuk membincangkan hal perkahwinan namun tidak menolak kemungkinan akan berkahwin dengan gadis pilihan ibunya pada tahun ini.

“Memang saya akan berkahwin tahun ini tapi belum tentu Jun seperti yang kecoh diperkatakan. Apa-apa pun saya kena berbincang dengan keluarga dulu sebab (kami) baru sebulan saja kenal.

“Terkejut sangat bila baca laporan (kononnya) saya akan berkahwin Jun depan. Kalau sudah berjumpa dan berbincang, barulah saya berani sahkan tarikh. InsyaAllah kalau semua berjalan lancar memang tahun ini juga sebab saya bukan makin muda,” ujar Zizan.

Bagaimanapun, identiti bakal isteri Zizan masih lagi terus menjadi tanda tanya.

Dalam pada itu, Zizan mengakui usaha untuk memenangi semula hati Emma Maembong sudah berakhir semenjak mereka berpisah Januari lalu.

“Akhirnya saya kena akur jodoh antara kami sudah tiada, walau apa pun berlaku hidup perlu diteruskan.

“Buat Emma saya doakan yang terbaik dan saya percaya dia boleh pergi jauh dalam industri,” tambahnya lagi.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.