Zizan Razak Enggan Komen Isu Bersekedudukan

Sejak kebelakangan ini, nama pelawak dan pengacara terkenal Zizan Razak kerap kali dikaitkan dengan gosip kurang enak mengenai dirinya dengan artis wanita yang dikatakan bercinta dengannya iaitu Emma Maembong.

Zizan-RazakBulan lalu, kecoh mengatakan Zizan dan Emma berkelakuan kurang senonoh dalam penerbangan menuju ke Los Angeles dan baru-baru ini pula menerusi email yang dikongsikan sebuah portal, Zizan pula didakwa bersekedudukan dengan Emma di rumahnya yang terletak di Subang.

Email itu dipercayai ditulis oleh jiran artis tersebut, walaupun nama artis yang didakwa itu tidak dinyatakan, rata-rata membuat andaian daripada klue yang diberikan ianya lebih menjurus kepada Zizan dan Emma.

emma-zizan-2bercinta-300x190Mengulas mengenai perkara itu, Zizan berkata kepada portal Gua, “saya tidak tahu macam mana cerita ini boleh timbul sedangkan gosip yang mendakwa saya bercumbu dengan Emma di atas kapal terbang masih baru lagi”.

Zizan juga enggan memberikan komennya berhubung isu panas itu sebaliknya kini mahu memberikan tumpuan kepada karier seninya yang semakin meningkat naik sejak kebelakangan ini.

Namun, ada juga pihak membuat telahan perkara-perkara sebegini timbul bertujuan untuk menaikkan nama Zizan berikutan saingan hangat Anugerah Bintang Popular 2013 yang bakal diadakan 6 April ini. – mynewshub

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.