Zayn Malik, Perrie Edward kahwin tahun 2015?

WALAUPUN sudah memiliki rumah bersama, namun merpati sejoli Zayn Malik dan Perrie Edward belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat ini.

Zayn Malik dan Perrie Edward

Zayn Malik dan Perrie Edward

Sebaliknya, mereka bercadang untuk mengakhiri zaman bujang  pada 2015 nanti, lapor Daily Mail.

Keputusan itu diambil memandangkan jadual Zayn yang cukup padat dengan kerja-kerja seni muziknya.

Begitu pun, Edward sudah mempunyai tema perkahwinan yang diimpikannya bersama Zayn suatu hari nanti.

“Saya rasa, kami akan berkahwin di sebuah pantai di Barbados. Mungkin akan ada elemen budaya India untuk keluarga Zayn, saya suka itu,” kata Edward.

Pasangan itu turut mengakui mereka tidak sabar untuk melalui kehidupan baharu sebagai suami isteri.

Zayn dan Edward sah bertunang Ogos lalu setelah dua tahun bercinta.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.