Yana Samsudin: Saya Sendiri Tidak Tahu Bagaimana Rasanya Berbulan Madu

Sibuk-Bekerja-Yana-Samsudin-Belum-Sempat-Berbulan-Madu

Mengakui sentiasa sibuk dengan kerjaya dan lebih-lebih lagi setelah menjayakan jenama tudung sendiri, Yana Samsudin menjelaskan bahawa dia dan juga suami, Fadzil Zahari belum sempat untuk menikmati bulan madu bersama.

“Jujurnya saya sendiri tidak tahu bagaimana rasanya berbulan madu. Ini kerana kehidupan saya adalah bekerja dan saya suka melakukannya. Malah dua hari selepas akad nikah, saya sudah mula bekerja”

“Saya faham bila orang bertanya mengenai berbulan madu, sudah tentu mereka maksudkan bila lagi mahu nak dapat orang ketiga. Atau adakah kami merancang kerana kami belum bersedia (menimang cahaya mata),” jelasnya kepada BH Plus.

Menurut Yana, dia tidak merancang dan faham sangat jika ada orang bertanyakan mengenai perkara tersebut. Malah baru-baru ini, keluarganya sendiri turut menasihatkan agar lebih banyak berehat. Buat Yana, semoga perancangan anda dan Fadzil untuk masa depan akan dipermudahkan.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.