Wartawan Perancis Tanya Soalan ‘Bodoh’ – Anda Sepupu Najib?

hishammuddin-1-565x376SEPANG – “Bolehkah anda mengesahkan bahawa anda adalah sepupu kepada Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib (Tun Razak)? Adakah anda dilindungi?”

Soalan-soalan yang ditanyakan oleh seorang wartawan Perancis itu menghairankan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang selama ini telah menjawab pelbagai soalan yang sukar semasa sidang media mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Hairan ditanyakan soalan itu, Hismmuddin bertanya kepada dari organisasi media mana wartawan itu sebelum beliau menjawab soalan.

“Ya, saya boleh mengesahkan bahawa Najib adalah sepupu saya, dan saya tidak tahu saya sepatutnya dilindungi daripada apa,” kata Hishamuddin yang kebingungan

Soalan wartawan dan jawapan Hishammuddin itu mengundang gelak ketawa di kalangan pemberita di Hotel Sama-Sama di sini, Selasa.

Sejak MH370 menggunakan pesawat Boeing 777-200 hilang pada 8 Mac lalu, Hishammuddin mahir menangani pelbagai soalan daripada media dengan tenang.

Ramai memuji Menteri yang berusia 52 tahun itu kerana kemampuannya menangani pelbagai krisis dan menjawab soalan dengan baik.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.