Wanita Nasib Malang Kaki Tersekat Dalam Lubang Tandas

toilet_trapped

INI pula kisah anggota bomba di China yang cuba bertungkus-lumus menyelamatkan seorang wanita hanya kerana kakinya tersekat pada lubang tandas.

Menurut portal China, kejadian yang berlaku pada Isnin lalu di asrama sebuah syarikat di Nanjing. Mangsa mengalami hari malang apabila kakinya tersekat dalam lubang tandas.

Nak dijadikan cerita pula, nasib baiklah wanita ini mujur membawa bersama telefon bimbitnya lalu membuat panggilan kecemasan.

toilet_trapped4

Anggota bomba bergegas ke tempat kejadian dan tidak menyangka bahawa kemalangan itu lebih teruk daripada sangkaan mereka.

Wanita malang itu kakinya tersekat hingga paras buku lali dan mengadu telah mula berasa kebas kerana darah tidak dapat mengalir ke bahagian bawah kaki.

toilet_trapped3

Ternyata keadaan itu tidak bagus untuk wanita tersebut. Anggota bomba yang berada di tempat kejadian resah memikirkan keadaan wannita itu ditambah pula kelengkapan yang dibawa mereka tidak dapat digunakan untuk membantu wanita malang itu.

Salah seorang daripada anggota muncul dengan idea bernas yang dapat membantu wanita malang itu mengeluarkan kakinya yang tersekat dari lubang tandas tersebut.

toilet_trapped2

Mereka menggunakan minyak masak untuk melicinkan permukaan sekitar pergelangan kaki wanita tersebut supaya ia dapat digerakan dan ditarik keluar.

Ternyata idea itu benar-benar bernas dan menjadi. Wanita malang itu dapat diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.