Wanita Bedah Muka Untuk Cantik Ketika Selfie

selfie7-565x339California – Seorang wanita sanggup membelanjakan hampir RM50,000 untuk melakukan pembedahan plastik semata-semata untuk mendapatkan wajah menarik ketika `selfie’.

Triana Lavey, 38, dari Los Angeles, California, mendedahkan dia benci dengan wajahnya dalam Facebook dan Instagram.

Justeru bagi membolehkan dia mendapatkan wajah yang seperti supermodel, dia telah melakukan implan di dagu, hidung dan pipi.

Selepas dua tahun, dia berjaya mendapatkan wajah yang diidamkannya itu.

“Saya kini mendapat wajah yang menarik dan menjadi diri sendiri selain Photoshopped,’’ katanya.

Jelasnya, dia berbuat demikian kerana penyertaan dalam media sosial adalah penting dan dalam masa sama adalah untuk mempromosikan diri sendiri.

Memandangkan dia bekerja sebagai pengurus mencari bakat maka adalah penting untuk Lavey mempunyai rupa yang menarik.

Lavey juga menggunakan suntikan botox bagi memastikan wajahnya terus tegang dan kelihatan menarik.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.