[Video] Kejadian Hujan Ikan Di Australia

Satu kejadian pelik telah berlaku di mana Bandar Lajamanu, Australia telah dihujani dengan beratus-beratus ikan dari langit. Kejadian ini telah disaksikan hampir 700 orang penduduk di situ.

hujan ikanSeperti sebelum-sebelum ini, kita mungkin pernah mendengar tentang kisah berlakunya hujan batu. Tetapi kali ini kejadian yang ingin tunjukkan kepada anda mengenai hujan luar biasa yang telah berlaku di Australia. Apa yang luar biasanya, hujan tersebut bukan hujan air semata-mata tetapi boleh dikatakan sebagai hujan ikan.

article-1254812-0887E7A5000005DC-511_468x343

Kedudukan Lajamanu di Australia.

Macam pelik, tetapi ini adalah kisah benar. Tengok gambar hujan ikan pelik dari langit di bawah ini.

article-0-0887A4EC000005DC-575_468x286

Ikan yang dikutip oleh seorang penduduk

Lokasi kejadian pelik ini berlaku Lajamanu di Wilayah Utara, mempunyai populasi penduduk seramai 669, telah menyaksikan beratus-ratus ikan pelik yang bewarna putih dan kecil jatuh dari langit semasa hujan yang kebanyakannya masih hidup.

Pakar cuaca di Australia percaya ikan pelik, Spangled Perch, disedut dalam ribut petir sebelum jatuh ke atas bandar kecil itu.

Mark Kersemakers, peramal cuaca di Biro Meteorologi Australia, berkata: “Ia boleh melayangkan ikan pelik itu sehingga 40,000 hingga 50,000 kaki di udara. Ia adalah kali ketiga dalam tempoh kurang daripada 30 tahun Lajamanu dihujani oleh ikan yang jatuh dari langit, menurut News Northern Territory, selepas laporan fenomena pada tahun 1974 dan 2004.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.