Video: Inilah Yang Dinamakan ‘Sedekah’ Kepada Penjenayah

curi

SEDANGKAN rumah lagi mereka boleh pecah masuk dan kopak, inikan pula ‘rezeki’ yang mudah terpampang sudah sedia tersusun di hadapan mata.

Menerusi video yang kini giat diperkongsikan di media sosial, kurang daripada seminit sahaja masa diperlukan buat pencuri-pencuri ini mengangkut kesemua spot rim yang berharga antara RM1,000 ke RM2,000 itu.

Sudah semestinya fikiran penjenayah ini cukup cekap untuk memerhati dan mengesan kelalaian kita.

Meskipun rumah mangsa mempunyai rakaman litar tertutup (CCTV), tiada gunanya jika kelalaian kita sudah melampaui batas hingga ke tahap ini.

Malang seperti ini tidak akan terjadi sekirnya kita lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada dengan keadaan keselamatan rumah.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.