Varela milik United

MANCHESTER United semakin rancak mendapatkan pemain baru bagi menghadapi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang lebih mencabar musim depan.

Varela sah milik United.

Varela sah milik United.

Terbaru, pemain muda Uruguay, Guillermo Varela, dari Atletico Penarol, sah menjadi milik Red Devils dengan yuran perpindahan yang dirahsiakan.

Pemain pertahanan berusia 20 tahun itu akan berada di London minggu depan bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Selepas menjalani ujian itu, saya akan kembali ke Uruguay bagi membantu pasukan kebangsaan dalam Piala Dunia U-20 di Turki.

“Mulai sekarang, saya perlu belajar bahasa Inggeris,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.