Van Persie Bantu United Atasi Cardiff

MANCHESTER – Robin van Persie menjaringkan gol sekembalinya beraksi daripada kecederaan untuk Manchester United menewaskan Cardiff City 2-0.

PersiePenyerang itu yang terlepas 11 perlawanan sebelum ini, menanduk masuk bola pada minit keenam selepas percubaan awal beliau diselamatkan penjaga gol Cardiff, David Marshall sejurus selepas rembatan Antonio Valencia terkena palang gol.

Ashley Young memastikan kemenangan United selepas merembat masuk bola dari jarak 22 ela pada minit ke-59. – Agensi.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.