Ustaz Kazim tolak jadi MT Umno

SUNGAI PETANI – Pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias mengumumkan menolak pelantikannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Mohammad Kazim Elias

Mohammad Kazim Elias

Pengumuman tersebut dibuat beliau di hadapan kira-kira 2,000 hadirin dalam satu program ceramah agama Taman Ria, di sini, malam tadi, menurut sumber RTM.

Sabtu lalu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengumumkan sembilan lagi ahli MT parti itu, termasuk Mohammad Kazim.

Mohammad Kazim atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim sebelum ini berkata,  beliau masih belum membuat kputusan muktamad sama ada untuk menerima pelantikannya sebagai anggota MT Umno.

Katanya, sebelum membuat sebarang keputusan, beliau perlu berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetahui peranannya dalam parti itu, selain menimbang tugasnya sebagai pendakwah.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.