Undi BN umpama undi naik harga

KUALA LUMPUR – Pas mendakwa, satu undi untuk Umno-BN pada PRK Dun Sungai Limau bermakna satu undi untuk kenaikan harga barang.
nik aziz
Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata demikian dalam satu kenyataan di dalam laman Facebooknya, hari ini.

Dakwanya, pengundi Dun Sungai Limau wajib melakukan pemilihan yang tepat bagi menunjukkan rakyat tidak sokong kenaikan harga barang.

“…kenaikan harga barang yang berlaku selepas pilihan raya seperti harga minyak, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan banyak isu lain membuktikan bahawa Umno-BN tidak berniat untuk meringankan beban rakyat bawahan.

“Justeru, pengundi Dun Sungai Limau wajib buat pilihan yang tepat bagi membuktikan rakyat tak reda dengan kenaikan harga barang,” dakwanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.