Ular Patuk Hidung Pelancong Wanita

Keadaan kecederaan pada hidung Jin Jing akibat dipatut ular ketika dia mahu mencium reptilia itu.

Keadaan kecederaan pada hidung Jin Jing akibat dipatut ular ketika dia mahu mencium reptilia itu.

PHUKET (Thailand) – Seorang pelancong wanita China berusia 29 tahun cedera di muka terutama hidung akibat dipatuk ular sawa ketika dia mahu cium ular berkenaan di satu pertunjukan ular di Chalong, utara pulau Phuket.

Kejadian berlaku pada 9 Januari lalu, di pusat pertunjukan itu yang terletak bersebelahan Zoo Phuket, berjaya dirakam dan mangsa dikenali sebagai Jin Jing dikejarkan ke Hospital Antarabangsa Phuket untuk rawatan.

Ular berkenaan yang dilatih untuk pertunjukan tidak mempunyai bisa dan wanita itu dibenarkan keluar selepas kecederaan pada hidungnya dijahit. Dia kini sudah pulang ke China.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.