Ulama Islam gesa pertahan Masjid al-Aqsa

Penduduk Palestin menunjukkan peluru getah dan bekas bom asap yang digunakan pihak berkuasa rejim Zionis bagi menghalau umat Islam yang berada di dalam Masjid al-Aqsa.

Penduduk Palestin menunjukkan peluru getah dan bekas bom asap yang digunakan pihak berkuasa rejim Zionis bagi menghalau umat Islam yang berada di dalam Masjid al-Aqsa.

DOHA – QATAR. Kesatuan Ulama Antarabangsa menggesa gabungan kemanusiaan Arab-Islam mempertahankan Masjid al-Aqsa daripada pencerobohan Zionis dan mengembalikan hak rakyat Palestin di wilayah diduduki Israel.

Rabu lalu, polis Israel menyerbu Masjid al-Aqsa dan menggunakan gas pemedih mata untuk menghalau mereka yang berada di dalam masjid sebelum membenarkan penduduk Yahudi memasuki bangunan itu ketika festival Sukkot.

Kesatuan tersebut dalam satu kenyataan berkata, ia diikuti kebimbangan terhadap tindakan rejim Zionis yang mula membenarkan kemasukan orang Yahudi ke dalam masjid ketiga paling suci itu.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan Zionis dan pasukan keselamatan Israel yang membaling bom sehingga menyebabkan kebakaran permaidani di dalam masjid,” katanya dipetik Middle East Monitor.

Menurutnya lagi, kesatuan menggesa semua negara di dunia dan organisasi antarabangsa untuk berusaha ke arah menghentikan kekejaman Zionis.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.