U Mobile tawar pakej Galaxy S4

PENYEDIA khidmat komunikasi mudah alih U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) akan menawarkan pelan pasca bayar bagi telefon pintar Samsung Galaxy S4 di seluruh negara bermula esok.
image (3)
Syarikat itu juga memberi harga istimewa kepada pelanggan terawal dengan rebat RM100 diberikan kepada 200 pelanggan pertama, membolehkan mereka membeli telefon pintar itu dari harga serendah RM799 bersama pelan pasca bayar U.

Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile Jaffa Sany Ariffin berkata, tawaran yang dibuat serentak dengan syarikat lain dalam pasaran telekomunikasi mudah alih itu menandakan permulaan baru untuk U Mobile bagi menawarkan lebih banyak produk popular di masa depan.

“Ini adalah satu langkah penting buat U Mobile dan kami yakin pengguna akan berpuas hati dengan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi kami,” katanya.

Tawaran itu boleh didapati di pameran bergerak U Mobile yang akan diadakan di Berjaya Times Square, Ipoh Parade dan cawangan U Mobile Seremban pada 27 dan 28 April.

Dengan pelan U Premium berharga RM168 sebulan, pelanggan boleh menikmati 5GB data dan internet mudah alih berkelajuan tinggi 3G, 800 minit panggilan dan 800 SMS percuma.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.