TV Korea gam video terbaru Psy

MUZIK video terbaru Psy, Gentleman telah digam oleh salah sebuah stesen TV terbesar di Korea Selatan, KBS.

Psy

Psy

Kandungan video tersebut dikatakan tidak memenuhi standard tayangan stesen TV itu apabila tindakan merosakkan harta benda awam ditonjolkan.

Video lagu Gentleman itu dimulakan dengan Psy menendang kon yang bertulis ‘dilarang meletak kenderaan’ dan diikuti beberapa aksi kurang sesuai ditonton.

Menurut jurucakap KBS, beberapa muzik video yang pernah digam sebelum ini juga atas alasan sama.

Setakat hari ini, video yang dilancarkan sejak 13 April melalui laman sosial, YouTube itu, sudah ditonton hampir 200 juta kali.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.