Tuntutan Nafkah RM5,392 Sebulan Tidak Munasabah

Pemain bola sepak kebangsaan yang juga bekas suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan mendakwa tuntutan nafkah dua orang anaknya daripada bekas isterinya itu yang berjumlah RM5,392 sebagai tidak munasabah.

Aidil-Zafuan1Menurutnya lagi, jumlah yang dituntut itu melampaui perbelanjaan asas sebenar kedua-dua cahaya matanya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Aidil juga menafikan dia gagal atau pun cuai dalam menyediakan nafkah kepada anak-anaknya sebelum ini.

Dia juga menjelaskan telah memperuntukkan sebanyak RM2,000 hingga RM3,000 sebulan untuk anak-anaknya selain RM4,000 untuk musim perayaan.

Aidil juga percaya tuntuntan nafkah itu tinggi adalah disebabkan Rita memilih pusat perubatan swasta yang mahal untuk penjagaan kesihatan anak-anak mereka.

“Saya percaya kos perubatan tinggi kerana Rita memilih Hospital Prince Court sedangkan masih banyak pilihan hospital lain yang lebih murah,” katanya memetik laporan sebuah akhbar, hari ini.

Untuk makluman, pasangan ini bernikah di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 namun disahkan bercerai pada 4 Ogos tahun ini.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.