Tuntut penjelasan dikasari tuntutan BR1M

KEPONG – Seorang lelaki mendakwa dikasari ketika cuba mendapatkan penjelasan berhubung kegagalannya menuntut baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Chee Sin ditemani Presiden Kebajikan Pengundi Selangor, Azman Yaakob menunjukkan laporan dibuat bersama baucar BR1M yang diterimanya.

Chee Sin ditemani Presiden Kebajikan Pengundi Selangor, Azman Yaakob menunjukkan laporan dibuat bersama baucar BR1M yang diterimanya.

Mangsa, Lem Chee Sin, 56, berkata, beliau ditumbuk di kepala dan perut ketika mengunjungi pejabat sebuah parti bagi mendapatkan penjelasan.

Menurutnya, beliau menuntut baucar itu 7 Mei lalu, sebelum menukarnya dua hari berikutnya.

“Saya pergi dua bank dan dimaklumkan baucar tidak sah kerana telah digunakan.

“Tidak puas hati dengan situasi itu, saya ke pejabat sebuah parti untuk menuntut penjelasan sebelum dikasari,” katanya.

Chee Sin berkata, dia berharap ada pihak membantu menyelesaikan masalah itu memandangkan keadaannya yang kesempitan wang.

“Saya perlukan wang tersebut untuk perbelanjaan harian kerana tidak bekerja dan hidup sendirian.

“Saya harap aduan ini dapat diselesaikan kerana saya bukan orang senang,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.