Tunjuk kad pengenalan

AIR ITAM – Pengunjung tempatan wajib membawa serta menunjukkan kad pengenalan milik mereka sekiranya mahu mendapatkan harga rendah menaiki Keretapi Bukit Bendera.

Gelagat ulat parkir yang cuba mengutip bayaran tempat letak kereta tanpa lesen yang sah.

Gelagat ulat parkir yang cuba mengutip bayaran tempat letak kereta tanpa lesen yang sah.

Eksekutif Bahagian Promosi dan Pemasaran Perbadanan Bukit Bendera (PHC), K Janani berkata, ia kerana sebelum ini terdapatnya aduan mengenai sekumpulan pelancong tempatan mengenai tiket yang agak mahal di situ.

Menurutnya, kumpulan pelancong berkenaan kecewa kerana harga tiket kereta api terbabit dikatakan begitu mahal sehingga mencecah RM30.

“Sedangkan sebenarnya harga warganegara hanyalah RM8 untuk pergi dan balik ke puncak Bukit Bendera dengan menggunakan kereta api.

“Kesilapan berkenaan hanya kerana mereka gagal menunjukkan kad pengenalan dan kemudiannya membeli tiket dengan harga sedemikian,” katanya.

Setiap warganegara hanya dikenakan bayaran RM8 sahaja untuk menaiki kereta api di Bukit Bendera sementara pelancong luar negara pula sebanyak RM30 setiap seorang.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.