Tun Mahathir ‘Bedil’ BOEING lagi!

mahathir_mohamad_21104_840_559_100

Baca dan Sebarkan,terjemahan tulisan terbaru Tun M di blog beliau!

Teknologi Boeing: Sesuatu yang terbang naik, pastinya perlu mendarat

1. Apa yang terbang naik, mestilah dapat turun. Kapal terbang juga tidak terkecuali, walaupun ia mampu terbang tinggi dan berada di udara untuk jangka masa yang lama, ia perlu juga mendarat akhirnya. Ia boleh samada mendarat dengan selamat, ataupun ia juga boleh terhempas. Walaubagaimanapun, kapal terbang tidak mungkin lenyap begitu sahaja secara tiba-tiba di udara. Dengan teknologi telekomunikasi yang canggih, sistem radio dan pengimbas satelit dan kamera digital yang sangat maju dan ruang cakera keras untuk menyimpan data dengan banyak sekali, mustahil untuk sesebuah kapal terbang hilang begitu sahaja.

2. Saya pernah menulis mengenai sistem komunikasi dan juga signal GPS pesawat MH370 yang boleh dimatikan. Sudah pasti sistem tersebut telah dimatikan dengan sengaja sehinggakan stesyen kawalan darat tidak lagi mampu menjalinkan sebarang komunikasi dengan kru pesawat. Sistem GPS juga sudah pasti juga dimatikan dengan sengaja, jika tidak.. sudah tentu satelit yang biasanya mampu memberikan data mengenai kesemua pesawat komersil (termasuk maklumat lokasi, jenis pesawat, nombor pesawat, tempat berlepas, dan destinasi) dapat diperolehi dengan mudah. Tetapi kali ini, pesawat tersebut nampaknya hilang begitu sahaja daripada kesemua pangkalan data.

3. MH370 adalah pesawat jenis Boeing 777. Ia dibina dan dilengkapkan oleh Boeing. Kesemua sistem komunikasi dan peralatan GPS sudah pastinya dipasang oleh syarikat Boeing. Jika sistem komunikasi dan GPS dimatikan, sudah pasti syarikat Boeing tahu bagaimana ianya dilakukan. Sudah menjadi kewajipan Boeing bagi memastikan sistem tersebut tidak dapat dilumpuhkan kerana ianya penting bagi operasi pesawat.

4. Pencarian di pengkalan data di Internet menunjukkan bahawa Boeing telah mendapat kelulusan Patent US pada 2006 bagi sebuah sistem yang jika diaktifkan, mampu melumpuhkan kawalan manual daripada juruterbang dan pada masa yang sama secara automatic akan menukar haluan pesawat ke sesuatu kawasan pendaratan yang boleh ditentukan (dari kawalan jauh.)

5. Dalam satu artikel di “The Flightglobal.com”, artikel daripada John Croft bertarikh 1 Disember 2006 telah menghuraikan dengan lanjut mengenai “Sebuah sistem ‘autopilot’ yang kalis gangguan mampu diaktifkan oleh samada juruterbang, ataupun dikawal dari jarak jauh oleh satelit yang mempunyai kaitan dengan agensi kerajaan seperti CIA.. sekiranya pengganas membuat percubaan merampas pesawat”

6. Secara jelas, Boeing dan beberapa agensi risikan mempunyai keupayaan untuk mengambil alih pesawat komersil dari jarak jauh, dan salah satu contohnya adalah pesawat MH370 B777.

7. Adalah satu kemungkinan yang nyata bahawa juruterbang MH370 mungkin telah hilang kawalan terhadap pesawatnya setelah SESEORANG/SESUATU secara langsung atau dari jarak jauh mengaktifkan peralatan kawalan pesawat jarak jauh.

8. Usaha mencari tompokan minyak, serpihan pesawat dan juga mencari “ping” daripada kotak hitam ternyata hanya merugikan wang dan menghabiskan masa. Kejadian kehilangan pesawat kali ini bukanlah kejadian pesawat terhempas yang biasa. Ada kemungkinan kapal terbang MH370 belum terhempas.. ia berada di suatu lokasi, tetapi mungkin logo MAS pada kapal terbang sudah dipadamkan.

9. Boeing perlu mengambil tanggungjawab menjelaskan secara terperinci mengenai sistem anti-pengganas dan pendaratan-automatik yang terdapat di dalam pesawatnya. Saya sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana juruterbang mampu mendaratkan pesawat secara sempurna (tanpa ada sebarang kesan serpihan langsung) di lautan ganas , seterusnya pesawat tenggelam dengan begitu tenang (tanpa ada sebarang kesan terhempas)

10. Seseorang sedang menyembunyikan sesuatu. Adalah tidak adil bagi MAS dan Malaysia untuk menanggung kesemuanya.

11. Atas sebab-sebab tertentu (yang tidak diketahui), pihak media tidak pernah langsung menyiarkan apa-apa artikel mengenai MH370 yang menyentuh pihak Boeing mahupun CIA. Saya berharap pembaca saya mampu membaca artikel ini (dan berfikir)

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.