Tun M gesa penyokong Najib sokong juga 1MDB

Dr Mahathir Mohamed

Dr Mahathir Mohamed

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa kepada pihak yang menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyatakan sokongan mereka kepada syarikat pelaburan kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang telah terkumpul hutang RM42 bilion.

Menurutnya, selain 1MBD pihak yang menyokong Najib juga perlu menyokong perlaksanaan pembelian tanah Kerajaan di Kuala Lumpur  yang  jauh di bawah harga pasaran.

“Hasil daripada pendedahan mengenai kes Altantuya  dan 1MDB, Najib kini mendapat ikrar sokongan daripada ketua-ketua Bahagian Umno, BN, MIC, Ahli Dewan Negara dan semua ‘jenis’ kumpulan ini sepertimana yang disiarkan media.

“Saya tidak meminta sesiapa pun untuk menyokong saya. Tetapi saya akan meminta semua orang-orang yang menyokong Najib supaya mereka mengisytiharkan mereka semua menyokong Najib terhadap pinjaman 1MDB dan ketidakupayaan untuk menjawab di mana wang itu,” katanya yang dipetik dari entri blog rasminya chedet.com, hari ini.

Sementera itu, menyentuh mengenai pembelian tanah kerajaan di Kuala Lumpur, Dr Mahathir berkata, sekarang terdapat cadangan bahawa tanah ini dijual kepada syarikat-syarikat kerajaan pada harga tinggi untuk membayar berbilion-bilion yang dipinjam oleh 1MDB.

“Jika jualan ini adalah untuk membayar hutang 1MDB, yang bermakna bahawa 1MDB yang dipinjam RM42 bilion tidak boleh membayar hutangnya daripada pelaburannya, bahawa ia telah kehilangan berbilion-bilion.

“Jadi apa yang berlaku kepada 42 bilion yang dipinjam?  Mengapa 1MDB perlu meminjam RM2 bilion untuk membayar faedah? Mengapa kerajaan perlu menyediakan wang hampir RM1 bilion kerajaan untuk membayar hutang 1MDB?” katanya lagi.

Menggulas lanjut Dr Mahathir berkata, oleh itu kedua-dua pinjaman oleh 1MDB bermakna kini mempunyai hutang sebanyak RM42 dan RM3 bilion = RM45 bilion.

Katanya lagi, Penyokong Najib juga mesti menyokong Jho Low kerana ia ada kaitan dengan 1MDB serta menjadi kawan Najib sepertimana  Daim adalah kawannya

“Mereka juga mesti menjadi rakan-rakan Jho Low ,” katanya.

Dr Mahathir menambah, beliau hanya meminta Najib untuk  menjawab soalan mudah beliau bukan meminta orang ramai untuk menyokong beliau.

“Saya ingin minta penyokong sama ada sokongan mereka bermakna kehilangan RM42 bilion adalah ok. Jika anda lakukan, pergi memberitahu Daim, Tengku Razaleigh, Shahrir Samad dan Khairy Jamaluddin untuk diam,” katanya lagi.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.