Tukang cuci didakwa di hospital

KANGAR – Seorang tukang cuci yang menanggung kesakitan akibat serangan jantung didakwa di wad lelaki Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, pagi semalam.

Veragunasegavan sedang berbincang dengan peguam belanya, Fatin Hayati di HTF, semalam.

Veragunasegavan sedang berbincang dengan peguam belanya, Fatin Hayati di HTF, semalam.

Tertuduh B Veragunasegavan, 47, dari Pangsapuri Seroja Taman Tun Teja, Rawang, Selangor didakwa atas pertuduhan memperdaya seorang wanita dengan mendorongnya memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) milik tertuduh pada Rabu (16 Oktober) lalu.

Veragunasegavan bagaimanapun mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan Timbalan Pendakwa Raya Noorsyazwani Mohd Sobri di hadapan Pendaftar Mahkamah Majistret, Monica Joseph Gaisah di wad tersebut.

Terdahulu, Monica menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 namun tertuduh memohon jaminan dikurangkan kerana menanggung empat orang anak yang masih bersekolah selain isterinya tidak bekerja.

Monica kemudiannya membenarkan tertuduh yang diwakili peguam bela Fatin Hayati Abd Rahman dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM2,500 dan menetapkan 8 November ini sebagai tarikh jatuh hukum.

Mengikut pertuduhan, Veragunasegavan didapati memperdaya M Mariammah, 28, dengan menawarkan sebuah kereta jenis Myvi dengan mendorong pengadu memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun milik tertuduh di bank BSN Jalan Padang Besar, Padang Besar pada
pukul 2.32 petang Rabu lalu.

Pengadu tidak akan berbuat demikian sekiranya mengetahui kereta itu tidak akan diserahkan kepadanya.

Justeru, Veragunasegavan dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun dan sebat serta boleh didenda jika sabit kesalahan.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.