Tugas Sukar Mencari Kotak Hitam MH370

Pengesan-Kotak-HitamPARIS – Usaha untuk mendapatkan semula kotak hitam sebuah pesawat Penerbangan Malaysia yang terhempas di selatan Lautan Hindi merupakan satu tugas sukar walaupun dibantu oleh pelbagai peralatan moden dan canggih.

Dua kotak hitam tersebut menjadi kunci untuk merungkai misteri mengapa pesawat tersebut tersasar amat jauh dari laluannya dan nasib kapal terbang itu.

Namun, pakar-pakar menyatakan pencarian kotak hitam itu akan mengambil masa yang lama.

Secara teori, kotak hitam itu menyimpan data penerbangan dan rakaman suara kokpit yang berterusan mengeluarkan isyarat untuk tempoh dua minggu lagi.

Isyarat tersebut boleh dikesan pada jarak sekitar tiga kilometer dari lokasi alat tersebut berada.

Namun, tanpa serpihan itu ditemui di kawasan pencarian yang jauh di tengah lautan, usaha bagi mencari kotak hitam itu ibarat mencari sebatang jarum dalam timbunan jerami.

“Mencari isyarat kotak hitam ibarat bergantung kepada nasib,” kata seorang anggota pasukan yang mencari kotak hitam Penerbangan Perancis AF447 yang terhempas ke dalam Lautan Atlantik pada tahun 2009. – AFP

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.