Tragedi MH370, jerebu tenggelamkan PRK Kajang

image (14)KAJANG – Hari ini masuk hari ketiga kempen rasmi PRK Dun Kajang berlangsung, namun kehangatan kempen PRK Dun Kajang kali ini dilihat seolah-olah ‘sunyi dan tiada khabar’, masyarakat seolah-olah kurang berminat untuk mengikuti perjalanan PRK kali ini.

Mungkin terlalu awal untuk berkata begitu, tetapi itulah hakikatnya, sepanjang tiga hari pemerhatian penulis.

Perjalanan kempen calon-calon yang bertanding kurang menarik minat masyarakat dan pengundi atau sebaliknya, tetapi itulah realitinya.

Pada penulis nasib PRK Dun Kajang begitu ‘malang’, pertembungan kejadian ‘kehilangan’ pesawat MH370 serta masalah jerebu yang melanda negara menjadikan PRK Dun Kajang seolah-olah tidak ‘dipandang’ oleh masyarakat.

Keghairahan serta minat masyarakat hanya tertumpu kepada kedua-dua isu tersebut, tetapi isu tragedi MH370 lebih mendapat tempat.

Ini menjadikan masyarakat  seolah-olah ‘hilang selera’ terhadap PRK Dun Kajang, kerana kadangkala kehadiran ‘orang media’ lebih ramai daripada pengundi dan masyarakat  di sesebuah pusat kempen calon pada pemerhatian penulis.

Perkara ini juga jelas kelihatan di ruangan media-media sosial, hanya dua-dua isu ini tertonjol untuk dibicarakan Pray4MH307, ‘Jaga Kesihatan,Jerebu Melanda’ namun isu tragedi pesawat MH307 lebih mendapat tempat di hati pelayar media sosial.

Kehadiran bomoh sedunia di KLIA, dengan ‘tikar zam-zam’ serta buah kelapanya menambah lagi kehangatan tragedi MH370, sekaligus menjadikan trending di media sosial, ianya sekali gus ‘melenyapkan’ peristiwa-peristiwa menarik yang berlaku di sepanjang PRK Dun Kajang.

MH370 juga menjadi paparan tajuk utama akhbar media arus perdana tanah air, tidak seperti selalu media negara sebelum ini menjadikan peristiwa pilihan raya kecil sebagai tajuk muka hadapan untuk memancing minat pembaca, kalau diimbas kembali  perkara  itu berlaku ketika PRK Besut dan Sungai Limau,tetapi tidak kepada PRK Dun Kajang.

Namun begitu, perkara ini mungkin berubah, apapun yang terjadi, itu adalah ketentuan daripada-Nya, kita sebagai hamba haruslah mengambil iktibar daripada apa yang terjadi.

Hanya ALLAH tempat mengadu, supaya misteri kehilangan MH370 menemui titik noktah, didoakan semoga semuanya berada dalam lindungan-Nya. Selamat berjuang kepada semua rakan media!

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.