Tragedi kereta terjunam gaung

Orang ramai memberi bantuan awal selepas kenderaan dinaiki empat rakan itu terjunam ke gaung mengakibatkan salah seorangnya meninggal dunia akibat lemas.

Orang ramai memberi bantuan awal selepas kenderaan dinaiki empat rakan itu terjunam ke gaung mengakibatkan salah seorangnya meninggal dunia akibat lemas.

MARAN – Perjalanan empat rakan termasuk dua beradik ke Kuantan bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka meninggal dunia akibat lemas selepas kenderaan dinaiki terjunam ke gaung tebing sebuah tasik dekat Bukit Kebuk di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari di Kilometer 87 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur itu, Mohammad Syafiq Sabaruddin, 20, dipercayai tercampak  ke dalam tasik berkenaan.

Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintenden Sulaiman A Hamid berkata, kenderaan jenis Atos Inokom dipandu, Mohammad Amir Azmin, 20, dari arah Temerloh itu dipercayai hilang kawalan ketika cuba memotong sebuah kenderaan lain di hadapan.

Menurutnya, kenderaan itu terbabas ke bahu kanan laluan bertentangan lalu menjunam ke tebing tasik berdekatan.

Mohd Syafiq yang berada di bahagian belakang dipercayai pengsan dan tercampak ke dalam tasik.

“Mayat mangsa dicari dan ditemui dengan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Maran.

“Hasil bedah siasat di Hospital Jengka menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat lemas dan tidak mengalami kecederaan parah,” katanya.

Sulaiman berkata, penumpang hadapan,  Natasha Ezzati Mohd Razali, 20, patah tangan dan tulang rusuk manakala adik perempuannya berusia 18 tahun, Natasha Nazirah hanya cedera ringan.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.