Tisha Mentor bertunang, rancang kahwin Disember

PERMATANG SUNGKAI – Peserta program realiti TV3, Mentor musim keenam, Tisha bertunang dengan jejaka pilihannya semalam, selepas mengenali hati budi sejak tiga tahun lalu.

Tisha dan Mohd Tarmizi begitu ceria pada majlis pertunangan mereka di Kampung Permatang Sungkai semalam.

Tisha dan Mohd Tarmizi begitu ceria pada majlis pertunangan mereka di Kampung Permatang Sungkai semalam.

Tisha atau nama sebenar Sharnorbiah Shamsir Alam, 27, ketika ditemui di rumah keluarganya di sini semalam berkata, dia berhasrat untuk berkongsi hidup bersama tunangnya, Mohd Tarmizi Abu Bakar, 27.

Katanya, dia mengenali Mohd Tarmizi melalui rakan-rakan sehingga berkawan lebih rapat serta menjadi pendorong dia aktif dalam bidang seni selain keluarganya sendiri.

“Saya tidak berhasrat untuk berhenti daripada aktiviti seni walaupun sudah berkahwin nanti, bagaimanapun ia terpulang kepada bakal suami.

“Saya menerima pinangannya kerana saya melihat dia seorang yang penyayang dan mampu menjadi ketua keluarga yang baik,” katanya.

Anak kelima daripada tujuh beradik itu memulakan karier seni dengan memasuki rancangan realiti Audition NTV7 pada tahun 2003 sebelum berjinak-jinak dengan bidang lakonan.

Tisya terlibat sebagai pelakon sampingan dalam beberapa drama seperti Gerak Khas, Dewa Cinta, Metro Skuad, Anak Mama dan Cinta Komuter.

Untuk rancangan Mentor, dia mendapat bimbingan Ferhad sehingga berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir dan selepas itu merakamkan single ‘Kukata’ duet bersama Ferhad.

Tisha yang kini terlibat dengan persembahan Kombo RTM mewarisi bakat seni ayahnya, Shamsir Alam Mohd Zainal, 58, yang merupakan bekas penyanyi Kombo Angkatan Tentera.

Selain Tisha, dua kakaknya juga berbakat besar dalam bidang nyanyian iaitu Sharfiza, 41, dan Sharzura, 35.

Tisha berkata, mereka merancang untuk berkahwin pada pertengahan Disember tahun ini dan berharap jodoh mereka berkekalan.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.