Tiru idea Manchester United

KUNJUNGAN ke kelab Manchester United baru-baru ini memberi ilham kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dalam meningkatkan mutu pengurusan badan induk itu.

Ismail (tengah) bersama rombongan Kafa serta Mamee menyaksikan perlawanan Manchester United dan Aston Villa, baru-baru ini.

Ismail (tengah) bersama rombongan Kafa serta Mamee menyaksikan perlawanan Manchester United dan Aston Villa, baru-baru ini.

Timbalan Presidennya, Datuk Ismail Md Noor yang mengetuai rombongan itu berkata lawatan berkenaan bertujuan melihat dan mengkaji cara United mentadbir kelab terutamanya dalam aspek pembangunan pemain.

Saya dapat lihat dan rasai bagaimana terkedepannya Manchester United dari segi pengurusan dan juga pembangunan persatuan.

“Satu aspek lagi yang saya kagumi ialah bagaimana kelab ini menjana pendapatan daripada penjualan cenderamata sehingga United itu sendiri muncul sebagai jenama yang cukup hebat,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Ismail berkata, hasil lawatan itu, beliau akan membentangkan cadangan kepada Kafa untuk mengambil pendekatan sama seperti United.

“Tan Sri Annuar Musa (Presiden Kafa), mempunyai misi dan visi yang amat jelas dalam pembangunan dan penjenamaan pasukan Kelantan.

“Buktinya, tahun lalu sahaja Kafa dipilih sebagai persatuan terbaik,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail yang juga pengerusi  Akademi Al-Hamra Red Warriors (Army) berkata, pemilihan Wan Mohd Nurhafizul Azreen Wan Baharudin ke Old Trafford sebagai insentif di atas kecemerlangan pemain itu dalam bola sepak.

“Nurhafizul muncul pelatih terbaik Army tahun lalu dan pemilihan beliau ke Old Trafford diharap dapat menyuntik semangat pemain lain,” katanya.

Lawatan ke Old Trafford itu dibuat dengan kerjasama  Mamee-Double Decker (M) Berhad yang merupakan salah satu penaja rasmi United, musim ini.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.