Tipu sijil: Bekas konsul dipenjara lapan tahun

Mahkamah anti-rasuah Sandiganbayan tempat bekas Konsul Besar Filipina ke Jepun dibicarakan.

Mahkamah anti-rasuah Sandiganbayan tempat bekas Konsul Besar Filipina ke Jepun dibicarakan.

MANILA – FILIPINA. Bekas Konsul Besar Filipina ke Jepun dijatuhi hukuman penjara lapan tahun selepas didapati bersalah menipu sebagai graduan daripada Universiti Filipina.

Mahkamah mendapati, Maria Lourdes Ramiro-Lopez bersalah memalsukan dokumen awam semalam, lapor PhilStar.

Lourdes didapati bersalah memalsukan data peribadinya (PDS) dan mengaku graduan AB Komunikasi Penyiaran di Universiti Filipina.

Lourdes yang juga bekas pembantu Setiausaha Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) sebelum menjadi Konsul Jeneral di Osaka, Jepun, juga telah diarah membayar denda P5,000 (RM413)

Semasa perbicaraan, pihak pendakwaraya turut mendedahkan transkrip rekod, salinan sebenar gred dan senarai induk bagi menamatkan pengajian pelajar Kolej Komunikasi Massa serta mendapati Lourdes gagal untuk menyempurnakan bilangan unit yang diperlukan untuk memperolehi ijazah AB Komunikasi Penyiaran pada tahun 1970.

Lourdes memulakan kerjaya sebagai Kakitangan Perkhidmatan Luar (FSEE) di Konsulat Filipina di New York  dan kemudian dinaikkan pangkat dan berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Luar IV, FSO III, FSO II, FSO I, kaunselor dan ketua misi II, CM I, DFA Penolong Setiausaha dan Konsul Besar Filipina di Osaka, Jepun.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.