Tikam Suami Sendiri Kerana Lupa Beli Bir

CHARLESTON – Seorang wanita South Carolina ditahan selepas menikam suaminya dengan tupai perhiasan seramik.

Helen Ann Williams dituduh melakukan jenayah penderaan domestik kerana mengetuk kepala suaminya sebelum menikam mangsa di dada dengan tupai perhiasan seramik.

Helen-Ann-Williams-565x317Ketika kejadian, Helen, 44, menunggu suaminya pulang membawa bir yang dipesannya.

Menurut laporan NBC News, Helen menjadi berang apabila suaminya pulang tanpa membeli barang yang dipesannya.

Ketika suaminya sibuk membuat sandwic, Helen mengambil alat perhiasan itu lalu mengetuk kepala lelaki terbabit sebelum menikamnya.

Suami Helen berjaya melarikan diri ke kediaman jiran mereka dan menghubungi polis.

Ketika polis tiba di kediaman pasangan itu, mereka mendapati mangsa mengalami kecederaan di dada dan bahu kirinya. Helen memberitahu yang suaminya terjatuh tetapi anggota polis mencurigai kenyataannya kerana baju dan tangan wanita terbabit dilihat berlumuran darah. Helen kemudian ditahan di penjara Charleston dengan ikat jamin AS$10,000 (RM32,933), manakala suaminya dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan. – AFP

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.