Tiga sami suspek serangan anti-Islam

COLOMBO – Polis Sri Lanka menahan tiga sami selepas didakwa memusnahkan kedai milik penduduk Muslim hingga mengakibatkan ketegangan konflik agama di negara itu.

Ratusan penduduk Muslim melakukan demonstrasi selepas beberapa kedai milik penduduk Islam dibakar di bandar Colombo, minggu lalu

Ratusan penduduk Muslim melakukan demonstrasi selepas beberapa kedai milik penduduk Islam dibakar di bandar Colombo, minggu lalu

Dipetik AP, pegawai polis, Buddhika Siriwardena berkata, sami itu ditahan selepas sekumpulan lelaki dipercayai dari Sinhala-Buddha merosakkan kedai dan membakar tiga bangunan di pinggir bandar Pepiliyana Colombo.

“Setakat ini 17 ditahan termasuk tiga sami yang menyerah diri,” katanya.

Polis kini sedang memburu beberapa individu lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.