Tidur malam tak lena

MARANG – Hidup dalam ketakutan. Demikian keadaan tujuh sekeluarga tinggal di Kampung Rhu Rendang di sini, apabila rumah mereka dikelilingi beberapa batang pokok kelapa tua dan pokok reput yang didakwa enggan ditebang jiran berdekatan.

Difahamkan sudah dua kali kejadian pokok tumbang berlaku dalam tempoh setahun sejak April tahun lalu menyebabkan keluarga itu juga trauma.

Terbaru pagi kelmarin, sebatang pokok kelapa tumbang nyaris menghempap rumah berkenaan.

Mangsa, Nor Idhan Bahrun, 36, berkata, mereka sekeluarga bernasib baik apabila pokok kelapa itu tumbang kira-kira satu meter dari bahagian belakang rumah dan tidak menghempap rumah itu seperti pernah berlaku pada April tahun lalu.

Anak bongsu Nor Idhan, Wan Mohd Izuddin Iskandar, 12, menunjukkan pokok kelapa yang nyaris menghempap rumah mereka selepas ia tumbang ketika angin kuat dan hujan lebat kelmarin.

Anak bongsu Nor Idhan, Wan Mohd Izuddin Iskandar, 12, menunjukkan pokok kelapa yang nyaris menghempap rumah mereka selepas ia tumbang ketika angin kuat dan hujan lebat kelmarin.

Katanya, kejadian itu berlaku ketika angin kencang dan hujan lebat kira-kira jam 12.05 pagi.

“Ketika itu, suami saya baru sahaja pulang ke rumah dan tiba-tiba satu hentakan kuat kedengaran berhampiran rumah ini menyebabkan suami kemudiannya keluar untuk memeriksa dan mendapati sebatang pokok kelapa tumbang.

“Saya bersyukur kerana pokok itu tidak menghempap rumah kami dan tiada kemalangan berlaku” katanya.

Nor Idhan berkata, mereka sekeluarga bersyukur kerana rumah itu tidak ranap seperti mana dalam kejadian berlaku pada April tahun lalu apabila bahagian bumbung rumah itu rosak dan melibatkan kos yang tinggi untuk membaikinya semula.|

Berikutan kejadian itu, Nor Idhan berharap jirannya dapat menebang pokok-pokok tua dan reput berdekatan rumah mereka kerana bimbang kejadian sama akan berulang semula.

“Saya juga berharap pihak berkuasa tempatan campur tangan dan membantu menebang pokok-pokok tersebut, kerana kami bimbang keselamatan terus terancam. Tidur malam kami tidak lena kerana masih ada pokok dijangka tumbang bila-bila masa,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.