Tidak yakin janji PR

KEMAYAN – Penyokong Barisan Nasional (BN) mahu parti itu terus kekal di Bera dan seterusnya di seluruh negara demi masa depan orang Melayu.

Mohd Zulhelmy Zulkifli, 27, dari Felda Triang 1 berkata, walaupun ini pengalaman pertama membuang undi namun jiwanya sudah ditanam untuk bersama BN.

Mohd Zulhelmy Zulkifli, 27, dari Felda Triang 1 berkata, walaupun ini pengalaman pertama membuang undi namun jiwanya sudah ditanam untuk bersama BN.

Mohd Zulhelmy Zulkifli, 27, dari Felda Triang 1 berkata, walaupun ini pengalaman pertama membuang undi namun jiwanya sudah ditanam untuk bersama BN.

Menurutnya, sokongan kepada parti itu bukan paksaan mana-mana pihak tetapi berdasarkan penilaiannya sendiri terhadap keprihatinan kerajaan kepada golongan belia.

“Apa yang saya lihat, orang muda ramai bersama Pakatan Rakyat (PR), tetapi saya tidak akan terpengaruh dengan impian palsu mereka.

“Saya tidak yakin dengan idea perubahan yang mahu dibawa PR kerana ia lebih membawa kemusnahan kepada rakyat negara ini khususnya orang Melayu,” katanya kepada Sinar Harian.

Die berkata, orang muda tidak wajar bertindak mengikut perasaan dan mesti mengikut akal fikiran, namun apa yang berlaku sekarang ini adalah sebaliknya.

Bagi Siti Mariam Yaakob, 25, dari Kampung Sri Hamzah, kesedaran orang muda untuk keluar mengundi adalah perubahan yang sangat baik.

Katanya, sebelum ini, ramai memandang remeh perkara ini dan beranggapan mereka bukan sebahagian dari dunia politik ini.

“Biarpun kita tidak terlibat dengan politik, tetapi kita berhak menentukan siapa pemimpin kita.

“Ada juga yang tidak pernah mengundi tetapi merungut macam-macam perkara buruk mengenai kerajaan. Kerajaan hari ini sudah lakukan yang terbaik untuk rakyat dan saya mahu BN kekal sampai bila-bila,” katanya.

Dia juga antara pengundi muda yang sanggup pulang ke kampung halaman semata-mata untuk menunaikan tanggungjawabnya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.