Tidak Salah Kongsi Rezeki Dengan Pereka Fesyen Lain

1-“Tidak-Salah-Kongsi-Rezeki-Dengan-Pereka-Fesyen-Lain”-jpeg-700x420

Sebelum ini seorang pereka fesyen dikhabarkan mengeluh dengan industri fesyen tempatan yang kini dipenuhi dengan lambakan rekaan pakaian daripada kalangan selebriti sehingga menggugat rekaan mereka. Namun bagi Datuk Siti Nurhaliza, mereka tidak perlu merasa begitu kerana dunia perniagaan masih luas dan tidak mengganggu periuk nasi mereka.

“Saya anggap itu adalah rezeki masing-masing dan rasanya tidak salah untuk kita berkongsi rezeki bersama. Namun saya hormati pandangan beliau kerana setiap orang mempunyai pandangan masing-masing yang berbeza,” katanya kepada Projek MMO berhubung kenyataan salah seorang pereka fesyen tempatan baru-baru ini.

Terdahulu, pereka fesyen tanah air, Ezuwan Ismail pernah mengeluarkan kenyataan bahawa gejala selebriti mengeluarkan label sendiri sedikit sebanyak sedikit sebanyak telah menjejaskan perniagaan mereka yang dahulu selalunya menggunakan khidmat selebriti tempatan sebagai duta produk untuk promosi rekaan.

Bagaimanapun, Siti menepis dakwaan itu dan kurang bersetuju dengan dakwaan yang dilemparkan kerana baginya setiap orang mempunyai citarasa tersendiri. Beliau yang baru sahaja mengeluarkan jenama sendiri, Creacion akui masih memerlukan khidmat pereka fesyen kerana kemampuannya didalam rekaan pakaian agak terbatas.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.