Tertembak rakan ketika memburu

JEMPOL – Seorang lelaki cedera dipercayai terkena tembakan rakannya sendiri ketika sedang memburu di ladang kelapa sawit dekat Felda Serting Hilir, di sini, semalam.
image (3)
Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, mangsa, Chey On Yaw, 68, cedera di rusuk kiri dan dihantar ke Hospital Jempol oleh rakannya sebelum dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja’afar kira-kira 1.45 tengah hari, semalam.

Menurut sumber, mangsa bersama dua lagi rakannya yang berusia 50-an itu pergi ke ladang tersebut untuk memburu babi.

Semasa tiga sekawan itu menembak babi, katanya, salah satu tembakan tersasar menyebabkan ia terkena mangsa yang ketika itu berada berdekatan tempat tembakan tersebut.

“Sebaik sahaja mengenai mangsa, salah seorang daripada rakannya membawa mangsa keluar dan menghantarnya ke hospital berdekatan.

“Manakala seorang lagi rakannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol untuk memberi keterangan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, keadaan mangsa kini semakin stabil.

Menurutnya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 37 Akta Senjata Api, jika disabit kesalahan akan dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.