Tersilap rakam percutian Vegas dalam mod selfie, lelaki diberi peluang kedua

iriz

VIRAL di media baru-baru ini, perbuatan lucu seorang bapa warga Irish, Joseph P. Griffin yang merakamkan perjalanannya di Las Vegas dalam keadaan mod ‘selfie’ secara tidak senjaga.

Joseph yang berlepas untuk bercuti di Las Vegas telah membawa sekali kamera  mudah alih Go Pro yang diberikan oleh anaknya, Evan Griffin untuk merakam perjalanannya ke situ bagi tujuan kenangan.

Apa yang melucukan ialah, Joseph telah merakam sepanjang perjalanannya di Vegas dalam keadaan mod ‘selfie’ tanpa disedari.

Anaknya, Evan Griffin kemudian memuat naik video tersebut di laman YouTube pada 13 November dan ia menjadi viral dalam sekelip mata.

Lebih menarik, selepas video tersebut mendapat tontonan lebih dari 7 juta, Joseph diberi peluang kedua untuk bercuti di Las Vegas dan merakam sepanjang perjalanannya di situ dengan menggunakan Go Pro.

Hadiah percutian ini telah diberikan oleh Las Vegas Convention and Visitors Authority khas untuk Joseph dan Evan.

Memetik laporan Yahoo!, mereka dikatakan telah menerima layanan VIP sepanjang percutian mereka disitu.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.