Tentera AS bersalah

image (23)CALIFORNIA – AMERIKA SYARIKAT. Seorang tentera Amerika Syarikat (AS) kelmarin, didapati bersalah di atas pertuduhan membunuh seorang penduduk awam Iraq pada 2006.

Lawrence Hutchins dituduh membunuh seorang lelaki kurang upaya sebagai amaran kepada penduduk sebuah kampung yang enggan bekerjasama dengan tentera AS.

Menurut laporan al-Arabiya, Hutchins membunuh lelaki tersebut apabila berang selepas usaha menangkap seorang suspek militan menemui jalan buntu dan tidak mendapat kerjasama daripada penduduk tempatan.

“Sebelum ini Hutchins pernah dibicarakan dan disabit tidak bersalah atas tuduhan membunuh, mencuri dan membuat kenyataan palsu berhubung pembunuh orang awam.

“Namun, dia didapati bersalah apabila kesnya dibicarakan semula,” kata seorang pegawai Kor Marin AS.

Menurut pendakwa raya, Hutchins mengetuai sepasukan Marin ke kampung Hamdania pada 26 April 2006 bagi memburu suspek pengebom.

Apabila gagal menemui suspek, Hutchins menyerbu sebuah rumah yang dihuni bekas anggota polis.

Tanpa banyak soal, Hutchins dan aggotanya melepaskan tembakan ke arah Hashim Ibrahim Awad.

Menurut saksi, selepas membunuh mangsa, Hutchins meletakkan senjata AK-47 di sebelah mayat seolah-olah bapa kepada 11 orang anak itu adalah suspek yang diburu.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.