Tengku Abdullah: ‘FAM sedia berlembut’

SEMUA klausa-klausa dalam Statut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan dikaji semula bagi memastikan ia sesuai dengan perkembangan dan situasi semasa, lapor ROSILAWATI ROSEDI.

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, sudah sampai masanya setiap klausa-klausa yang ada dalam Statut FAM dikaji dan diperbaharui termasuklah Statut Artikel 88.

“Saya rasa bukan sahaja ketelusan Statut Artikel 88 perlu dilihat semula, tetapi kita perlu melakukan perubahan secara keseluruhan dalam Statut FAM.

“Sudah sampai masanya perlu perbaharui Statut FAM ini, melengkapkan dengan klausa-klausa yang setimpal dengan keadaan semasa,” katanya pada sidang akhbar sempena Anugerah Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2013, di sini, semalam.

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah

Timbalan Presiden FAM itu berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai ketelusan Artikel 88 yang menjadi kontroversi selain kini mendapat kritikan daripada pelbagai pihak.

Dalam pada beliau sekali lagi menegaskan, Statut Artikel 88 adalah diluluskan dan dikuatkuasakan oleh anggota gabungan terbabit dan bukan atas arahan presiden atau timbalan presiden badan itu.

Sementara itu, Tengku Abdullah juga memberitahu FAM akan menentukan nasib Datuk K Rajagobal berdasarkan merit sepanjang dirinya memikul tanggungjawab selaku Ketua Jurulatih skuad kebangsaan.

Tengku Abdullah berkata, setakat ini persatuan itu masih belum membuat sebarang keputusan muktamad tentang nasib jurulatih (Rajagobal).

“Siapa tukar, siapa penggantinya masih belum tahu lagi. Kita hanya boleh nilai tetapi kesimpulannya, ia bergantung pada merit,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.