Tebing parit runtuh undang masalah

imageHUTAN KAMPUNG – Petani dari Kampung Seberang Alor, dekat sini, merayu kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) agar dapat membaiki sistem perparitan yang dikatakan sudah rosak.

Petani, Mohd Napiah Ali, 55, berkata, sistem perparitan itu sudah lama tidak dibaiki menyebabkan bekalan air yang sepatutnya mengalir ke sawah tidak sampai ke kawasan berkenaan.

Menurutnya, petani pula mengalami masalah kekurangan air di sawah walaupun pihak Mada sudah melepaskan bekalan air tetapi air ini akan masuk ke paya atau kampung berdekatan.

“Masalah ini dikatakan berpunca daripada keadaan tebing parit yang sudah runtuh.

“Pernah berlaku beberapa rumah di kawasan kampung ini mengalami banjir kilat kerana bekalan air dari sawah masuk ke rumah mereka,” katanya.

Bagi Nizam Hashim, 39, banyak tebing parit di kawasan itu sudah runtuh menyebabkan air tidak sampai ke sawah.

Katanya, langkah terbaik, pihak Mada turun dan membuat pemantauan sistem perparitan di seluruh kawasan itu.

“Kami difahamkan, sudah lama kerja baik pulih tidak dilakukan hingga menjejaskan kerja pertanian, di sini,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.