GUANGXI – CHINA. Lagi insiden membabitkan eskalator dilaporkan di China dan kali ini melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 1 tahun.
Menurut media tempatan, kanak-kanak berkenaan tersadung ketika sedang menaiki tangga bergerak berkenaan dan menyebabkan tangan kirinya tersepit pada eskalator itu.
Menurut pekerja pusat membeli belah Sun Square, Wuzhou, Guangxi semasa insiden, kanak-kanak berkenaan bersama neneknya dan percaya kejadian itu adalah disebabkan kecuaian neneknya dan bukan akibat masalah pada eskalator berkenaan.
Anggota keselamatan bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kejadian tersebut dan kanak-kanak tersebut kini dirawat di Hospital Wuzhou dan dilaporkan mengalami patah tangan.
0 comments