Tamrin, Haris ditahan semula

SHAH ALAM – Aktivis Pas Datuk Tamrin Abdul Ghafar dan pemimpin NGO Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim ditahan semula hari ini, empat hari selepas dibebaskan.

Tamrin dan Haris

Tamrin dan Haris

Menulis dalam laman mikro Twitter, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago turut mengesahkan penahanan kembali dua individu terbabit.

“Safwan Anang turut ditahan,” tulis beliau.

Malaysiakini yang dapat menghubungi Tamrin melaporkan, polis menahan aktivis Pas itu kira-kira jam 7 malam.

“Mereka ada waran tangkap berhubung isu sama dan membawa saya ke ibu pejabat polis Dang Wangi,” Tamrin dipetik sebagai berkata.

Tamrin dan Haris ditahan pada 23 Mei lalu, bersama Naib Presiden PKR Tian Chua, namun dibebaskan semula pada keesokan harinya apabila polis gagal mendapatkan perintah reman.

Dalam perkembangan terkini, Tian juga kini ditahan dan dibawa ke IPD Dang Wangi

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.