Tak Puas Hati Didenda, Lelaki Bayar Saman Guna Duit Syiling

coins-fine

SEORANG lelaki membayar denda $212 (RM 865.00) dengan 22,000 keping syiling kerana terlalu marah dan tidak berpuas hati dengan denda yang dikenakan terhadapnya.

Brett Sanders didenda kerana memandu 14 km sejam lebih laju dari had yang telah ditetapkan di kejiranan Frisco, Texas, menurut sebuah laporan antarabangsa.

Sebuah video menunjukkan Sanders memasuki Mahkamah Badar Frisco membawa dua baldi besar yang penuh dengan syiling untuk membayar denda tersebut menjadi viral dan menarik perhatian ramai.

Dia kemudian menuang syiling tersebut di atas kaunter pembayaran sebelum berlalu pergi meninggalkan pegawai di kaunter yang kelihatan terkejut dengan tindakannya.

Sanders memuatnaik video itu ke YouTubedengan kapsyen ‘Saya tidak suka diugut’ dan video itu telah ditonton lebih 2 juta kali.

Menurut Sanders, dia percaya dirinya tidak membuat sebarang kesalahan ketika memandu kerana dia tidak membahayakan nyawa sesiapa ketika itu.

“Saya tidak menyakiti sesiapa. Saya tidak membahayakan nyawa sesiapa pun.

“Jadi, bila saya diarahkan untuk membayaran denda, saya memutuskan untuk membayar menggunakan syiling dan membuat kecoh,”katanya lagi.

Kerani di mahkamah tersebut tepaksa mengumpul kesemua syiling dan mengambil masa tiga jam untuk mengiranya.

Kakitangan bandar itu memberitahu bahawa membayar denda dengan menggunakan syiling tidak salah dari segi undang-undang namun tidak digalakkan.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.