Tak mengaku salah tawar skim ternakan tanpa kelulusan

Tertuduh (tengah) menukar pengakuan kepada tidak bersalah semalam.

Tertuduh (tengah) menukar pengakuan kepada tidak bersalah semalam.

SUNGAI PETANI – Seorang daripada tiga pemilik syarikat menukar pengakuan kepada tidak bersalah atas pertuduhan menawarkan skim penternakan tanpa kelulusan pada 13 Mei 2009 dan 4 Jun 2009.

Tertuduh yang sebelum ini mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan 14 Februari lalu menukar pengakuan itu di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin di Mahkamah Sesyen 4 Sungai Petani, semalam.

Pengakuan yang dibuat semalam itu menjadikan kesemua tiga tertuduh tidak mengaku salah dan minta dibicarakan atas kesalahan menawarkan skim penternakan cacing kepada orang awam tanpa surat ikatan yang diluluskan berkaitan dengan kepentingan tersebut yang sedang berkuatkuasa.

Selain tertuduh, dua lagi pemilik syarikat berkenaan turut dituduh melakukan perbuatan sama.

Ketiga-tiga mereka didakwa di bawah Seksyen 91 (1) Akta Syarikat 1965 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 94 (1) (a) akta yang sama.

Sekiranya didapati bersalah, penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan.

Pendakwaan dilakukan, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Azies Han.

Ikmal Hishan menetapkan 28 April ini bagi mendapatkan representasi bagi kes tersebut.

Difahamkan, pelaburan yang dijalankan syarikat itu dilaporkan orang awam melibatkan kos kira-kira RM30 juta.

Sebelum ini, tertuduh telah membuat pengakuan bersalah sementara dua lagi rakannya mengaku tidak bersalah semasa pertuduhan dilakukan 14 Februari lalu.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.