Syarat Kelayakan BR1M 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia

br1m4

Bantuan Rakyat 1Malaysia merupakan salah satu insentif daripada kerajaan yang terkandung dalam teras kelima bajet 2015 iaitu Mensejahtera Kehidupan Rakyat.

Syarat-syarat dan cara permohonan online BRIM 4.0 bagi tahun 2015. Permohonan Online BRIM 4.0 tahun 2015 akan dibuka pada minggu kedua bulan Disember 2014. Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi tetapi hanya perlu mengemaskini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

Bagi pemohon baru, pengguna boleh mendaftar secara dalam talian (online) atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2015 secara percuma. Di bawah ini, Katak Comel sediakan kadar dan cara bayaran BRIM 4.0  bagi tahun 2015 kepada mereka yang layak.

1.Bagi pendapatan isi rumah di bawah RM3000, anda boleh dapat RM950

Bayaran ansuran sebanyak tiga kali setahun iaitu RM300 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 dibayar mulai September 2015.

2. Bagi pendapatan isi rumah di bawah RM3000 hingga RM4000, anda boleh dapat RM750

Ansuran RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei manakala bakinya sebanyak RM350 juga akan dibayar mulai September.

3. Bagi individu bujang 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, anda boleh dapat RM350

Kadar BRIM 4.0 dinaikkan daripada RM300 kepada RM350. Bantuan akan dibayar sekaligus pada bulan Januari 2015.

Skim Khairat Kematian RM1000

Kerajaan juga akan menggantikan skim insurans takaful berkelompok (i-BR1M) yang telah diperkenalkan sebelum ini kepada Skim Khairat Kematian yang akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuat kuasa selama setahun.

Cara Permohonan Online BRIM 2015

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.