Suspek lontar bom petrol ditahan

LOKASI yang dilontar bom petrol.

LOKASI yang dilontar bom petrol.

Alor Setar: Seorang lelaki yang dipercayai suspek utama dalam kejadian serangan ‘molotov cocktail’ ke atas sebuah bank di sini, semalam telah ditahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata, suspek ditahan pada 11 malam tadi dirumahnya di Taman Bersatu, Batas Paip, Kuala Kedah.

“Lelaki itu akan direman hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut polis dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian jam 4.05 petang itu, pelanggan di sebuah bank menjadi gempar apabila seorang lelaki yang bermotosikal bertindak melontar bom petrol pada bahagian depan bank itu yang menyebabkan berlaku kerosakan kecil.

Saksi berkata, suspek yang berusia dalam linkungan 30-an kemudiannya melarikan diri.

Suspek sebelum itu dilapor marah dengan pihak bank tersebut apabila diberitahu akaunnya telah ditutup.

Tindakannya melampar bom dirakam kamera litar tertutup di bank itu.

Kes disiasat kerana mendatangkan bencana dengan api. – Bernama

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.