Sumber ATM Kesan MH370 Berjaya Terbang Melalui Selat Melaka?

Recently-Updated163-565x333

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) kini memaklumkan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dikesan melalui radar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah terbang di atas kawasan Selat Melaka jauh daripada ia terputus hubungan dengan radar menara kawalan di Subang.

Menurut laporan The Malaysian Insider, sumber tentera memaklumkan mengesahkan dengan agensi berita Reuters bahawa pesawat Boeing 777-200ER itu telah menukar laluannya dan berjaya terbang melalui selat berkenaan.

“Ia mengubah laluan selepas melalui Kota Bharu dan terbang pada ketinggian rendah, ia berjaya sampai ke Selat Melaka,” menurut sumber rasmi berkenaan yang telah diberi taklimat.

Selat Melaka merupakan antara selat yang paling sibuk di dunia.

Sebuah akhbar tempatan memetik kata-kata Panglima TUDM Tan Sri Rodzali Daud yang mengatakan pesawat itu dikesan di sekitar kawasan Pulau Perak di bahagian Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

“Kali terakhir pesawat itu berjaya dikesan ialah berdekatan Pulau Perak yang terletak di atas Selat Melaka pada pukul 2.40 pagi Sabtu.

“Selepas itu, isyarat dari pesawat berkenaan terputus,” katanya.

Turut difahamkan, unit kawalan trafik udara di Singapura turut menerima isyarat yang MH370 telah berpusing balik dan mendaki ke ketinggian 1,000 meter daripada paras ketinggian asal iaitu 10,000 meter.

Terdapat juga laporan polis dibuat oleh beberapa penduduk yang mendakwa melihat pesawat berkenaan terbang rendah kira-kira 1,000 meter dari paras laut di sekitar Kota Bharu.

Petunjuk bahawa pesawat yang dikendalikan oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah itu telah berpusing balik menjadi asas untuk memperluaskan kawasan operasi mencari dan menyelamat ke sekitar Selat Melaka dan Laut Andaman. – MNH

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.