Suarez gigit pemain Chelsea bakal digantung 3 perlawanan

PENYERANG Liverpool Luis Suarez bakal menghadapi hukuman gantung tiga perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) kerana menggigit pemain pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic, Ahad lepas.
image (12)
Suarez menggigit lengan kanan Ivanovic ketika pasukannya seri 2-2 di Anfield.

Dalam kenyataan FA, wakilnya berkata, hukuman biasa untuk kelakuan ganas adalah pengharaman tiga perlawanan atau hukuman lain lebih berat.

“Suarez mempunyai masa sehingga hari ini untuk menjawab pertuduhan sebelum sebuah suruhanjaya kawal selia bebas akan diadakan pada esok,” katanya.

Susulan insiden itu, pemain berusia 26 tahun ini dilaporkan tampil memohon maaf secara peribadi kepada Ivanovic dan semua orang di Liverpool.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama tindakan nakal Suarez menggigit pemain lawan. Ketika beliau menyarung jersi Ajax Amsterdam, Suarez pernah menggigit bahu pemain PSV, Otman Bakkal sekali gus dikena hukuman penggantungan tujuh perlawanan dan didenda pasukannya sendiri.

Suarez juga pernah digantung lapan perlawanan selepas FA mengambil tindakan disiplin ke atas kes perkauman yang ditimbulkan Suarez dengan pemain Manchester United, Patrick Evra pada perlawanan 15 Oktober lepas.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.