Suami rayu bantu cari isteri

GEMENCHEH –“Saya rasa gusar dan cemas apabila isteri, masih lagi belum pulang ke rumah sejak seminggu lalu. Kali terakhir saya menghantarnya di Perhentian Bas Pasir Besar, Gemas, kira-kira jam 6.30 pagi, 19 April lalu,” luah Ruslizan Paim, 36, ketika ditemui di Bilik Gerakan N35, Barisan Nasional (BN) Dun Gemencheh di pekan Gemencheh, di sini, semalam.

Gambar Samsiah bersama anaknya.

Gambar Samsiah bersama anaknya.

Ruslizan berkata, isterinya, Wan Samsiah Wan Hussin, 34, mahu ke Kuantan, Pahang menguruskan hal insurans abangnya yang meninggal tahun lalu dan berjanji pulang pada hari yang sama.

Bagaimanapun menurutnya, isterinya itu tidak  pulang ke rumah dan lebih menggusarkannya lagi apabila talian telefon bimbit isterinya itu ditutup.

“Saya berasa sangat gusar lebih-lebih lagi apabila saya gagal menghubungi isteri saya sejak jam 2 petang hari yang sama saya menghantarnya ke perhentian bas. Malah, keluarga isteri saya di Kelantan dan Kuantan juga memaklumkan isteri saya tidak datang ke rumah mereka.

“Oleh itu, saya amat berharap agar mana-mana individu yang ternampak isteri saya untuk menghubungi balai polis berhampiran atau bapa saudara saya, Abu Bakar Alias, di talian 019-6524123,” katanya.

Turut menemani Rulizan, Calon N35 BN Dun Gemencheh, Mohd Isam Mohd Isa.

Ruslizan berkata, pada pagi semalam, guru pra sekolah anak keempatnya, Wan Nurfarissya Ruslizan, 6, menunjukkan mesej memohon bantuan yang diberikan isterinya pada malam kelmarin.

Menurutnya, dia cuba menghubungi talian berkenaan namun talian ditutup.  Mengikut mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) berkenaan, isterinya itu menyatakan dia ingin pulang tetapi ketiadaan wang.

“Isteri saya juga berbadan kurus, berkulit putih dan tingginya kira-kira 162 cm.

“Sebelum hilang isteri saya memakai tudung warna kelabu, berbaju blaus warna coklat dan berseluar putih, ” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.