Suami Kerap Berzina, Isteri tertekan

AYER KEROH – Menggunakan alasan ‘bertugas di luar kawasan’ merupakan taktik digunakan seorang penjawat awam untuk berbohong dengan isteri, semata-mata mahu menghabiskan masa dengan perempuan lain.

Halijah merujuk masalahnya kepada Amir Hamzah Aziz di Kota Cemerlang, semalam.

Halijah merujuk masalahnya kepada Amir Hamzah Aziz di Kota Cemerlang, semalam.

Bagaimanapun, tembelang bapa kepada tiga orang anak itu pecah, selepas isterinya menerima gambar suaminya itu dalam keadaan sedang bercumbuan dengan seorang wanita.

Lebih menyakitkan hati si isteri, gambar tersebut dihantar sendiri kekasih suaminya ke telefon bimbit miliknya.

Isteri terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Halijah, 40, berkata, dia sendiri tidak menyangka suaminya berperangai begitu, sedangkan sudah 16 tahun mereka berkahwin.

“Suami sering beri alasan kerja di luar kawasan. Memang saya ada syak, tetapi bila ditanya, dia tidak mengaku sampai bersumpah.  Rupa-rupanya betul dia ada perempuan lain.

“Yang menjadi masalah, saya bukan sahaja berdepan dengan tekanan ekonomi, tetapi tekanan mental apabila berdepan dengan sikap suami. Malah, perempuan itu (kekasih suami) juga ada
menghantar mesej menyakitkan hati serta gambar macam-macam sehingga saya jadi tertekan,” katanya.

Menurutnya, jika sebelum ini, dia menjalankan perniagaan yang diusahakan keluarga, namun semuanya sudah diambil alih suaminya.

“Dia hanya beri saya RM300 sebulan. Tidak cukup untuk  tanggung tiga anak berusia 6, 11 dan 15 tahun. Malah, anak sulung saya terpaksa buat kuih dan menjualnya untuk dapatkan duit belanja.

Halijah kemudian mengadu masalahnya ke pejabat Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Melaka, semalam.

Menurut Halijah, dia memohon bantuan Pembela BN bagi mendapatkan modal untuk menjalankan perniagaan biskut secara kecil-kecilan di rumah.

Sementara itu, Pengarah Pembela BN, Amir Hamzah Aziz berkata, pihaknya amat bersimpati terhadap nasib yang dialami wanita terbabit.

Berikutan itu, katanya, pihaknya akan membantu dengan cuba mendapatkan sedikit bantuan modal awal menerusi Majlis Agama Islam Melaka (Maim).

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.