Suami isteri pakar curi kereta dicekup

14415hady1.transformed

Balik Pulau: Polis menumpaskan satu sindiket curi kereta nasional dengan menahan suami isteri dan seorang mekanik di Kampung Air Putih, di sini, Selasa lalu.

Mereka yang dikenali sebagai Geng Thiaggu itu ditahan jam 5 petang selepas polis melakukan risikan dan juga intipan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin berkata, sindiket ini didapati aktif sejak dua tahun lalu.

“Suami isteri terbabit mencuri kereta manakala mekanik berkenaan diupah RM500 untuk meleraikan sebiji kereta.

“Mereka meleraikan kereta yang dicuri itu di bengkel di Kulim, Kedah,” katanya pada sidang media di pejabatnya, hari ini.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.